Hari ini aku sangat gembira bersama dia di sisi
Walaupun dia jauh dari ku, bagaikan dia berada di sisi ku
Wahai cinta aku berjanji pada cinta mu
Jika aku berjauhan dari mu akan ku tutup mata ini
Mata ditutup untuk mengingatkan kisah-kisah cinta yang kita bina
Hari ini aku sangat sangsi dengan perasaan cinta aku pada si dia
Walaupun dia berada dekat dengan ku, bagaikan terpisah jauh sekali
Wahai cinta maafkan aku kerana tidak lagi bias menepati janji ku
Jika aku berjauhan dari mu pejamkan lah matamu
Mata mu yang terpejam itu akan membawa kamu jauh dari aku
Ingati lah saat aku membuat hidup mu merana dan terseksa
Wahai pilihan hati, bencilah aku.Wahai pilihan hati, aku tidak mungkin bisa memilih kamu sebagai pilihan hatiku
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment