Sunday, October 18, 2009

y-o-u

If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.

Friday, June 5, 2009

aku tanpa cintamu.

masa berlalu pergi
tapi aku masih disini menunggu dirimu
saat berlalu dengan pantas nya
aku masih disini mengira minit yang pergi.

aku masih mencuba untuk lupakan mu
tapi kau masih bermain di fikiran
aku masih mahu dirimu
tapi aku disini diam menunggu tanpa cintamu.

Tuesday, December 30, 2008

pilihan hati

Hari ini aku sangat gembira bersama dia di sisi
Walaupun dia jauh dari ku, bagaikan dia berada di sisi ku
Wahai cinta aku berjanji pada cinta mu
Jika aku berjauhan dari mu akan ku tutup mata ini
Mata ditutup untuk mengingatkan kisah-kisah cinta yang kita bina

Hari ini aku sangat sangsi dengan perasaan cinta aku pada si dia
Walaupun dia berada dekat dengan ku, bagaikan terpisah jauh sekali
Wahai cinta maafkan aku kerana tidak lagi bias menepati janji ku
Jika aku berjauhan dari mu pejamkan lah matamu
Mata mu yang terpejam itu akan membawa kamu jauh dari aku
Ingati lah saat aku membuat hidup mu merana dan terseksa

Wahai pilihan hati, bencilah aku.Wahai pilihan hati, aku tidak mungkin bisa memilih kamu sebagai pilihan hatiku

Monday, December 22, 2008

angin

aku terjaga dari lena merasai deruan angin yang sangat kencang menampar halus kemuka ku,

angin kencang pada siang hari ini membuat aku tertanya pada hati,mengapa ia bertiup sungguh kencang?

aku mula merasakan angin siang hari ini akan membawa satu kejadian baru dalam hidup aku hari ini.

angin,angin,angin.! alangkah indah diri ini dapat bersama dengan mu.

aku mahu bertiup kencang seperti mu hari ini.

aku mula merasai tiupan angin kencang dan mendengar bunyi yang kau hasilkan wahai angin.

angin,bertiuplah kau.

-si pemeberi kata-

Sunday, December 21, 2008

kalaulah

kalaulah hidup ini penuh dengan bahasa isyarat
akan aku guna untuk menutup mulut-mulut yang jahat ini

kalaulah dengan lenggok badan dan bahasa manusia bisa memahami
aku akan selalu membuat liuk lentuk badan ini supaya mudah difahami

kalaulah dengan sekadar senyuman mereka tahu aku tidak punya apa
aku akan senyum lebar sepanjang hari

kalaulah detik masa dapat aku pusing kembali
aku akan pusingkan ia sehingga diri ini benar-benar bebas dari kancah kehidupan

kalaulah , kalau ini berjaya
akan aku buktikan pada dunia bahawa ia nya berhasil dengan kalau.

kalau lah....,

aku sendirian tanpamu

Rindu yang bermain di jiwa
Menggoda musim sepiku
Mengheret aku tenggelam
Dalam menungan yang panjang

Kepedihan ini
Menikam tajam hari-hariku
Detik waktu yang ku tunggu
Tanggungan derita
Penuh lara

Mestikah aku rebah
Tika belati tajam berbisa
Menusuk tubuhku

Mampukah aku berdiri
Saat kesaorangan begini
Sendiri tanpamu
Menghadap hidangan duka
Berpanjangan

permulaan yang kedua.

salam ikhlas buat mereka yang telah mengenali diri ini. salam perkenalan bagi mereka yang baru sahaja membaca nukilan hati ini. blog yang kedua ini lebih memfokuskan jalan hidup aku sebagai si pemberi kata.si pemberi kata ini adalah aku sebagai karakter yang kedua. ini kerana minat terhadap sajak-sajak atau kata-kata falsafah yang berguna akan aku layangkan buat tatapan kalian semua. moga-moga dengan penulisan ini ,aku sebagai si pemberi kata dapat membantu mereka yang bermasalah. blog ini untuk semua. =)

-si pemberi kata-